24/10/2011

sebuah cerita ,,,

Sejak pertama kali aku memandangmu ,

Itulah yang dinamakan cinta pandang pertama .
Sejak pertama kali aku mengingati wajahmu ,
Di dalam fikiranku sentiasa memikirkan  tentangmu .
Sejak pertama kali aku mengenalimu ,
Namamu sentiasa di dalam akal fikiranku .
Sejak aku bertemu denganmu ,
Aku sentiasa mengingatimu selalu…

Aku berasa sungguh gembira ,
Kerana kau berada disisi ku selalu .
Adakah ini dinamakan cinta sejati ?
Tapi , tidak mungkin ianya cinta sejati ,
Kerana kamu tidak wujud didunia ini .

Adakah bayanganmu benar wujud didunia ini dan ditakdirkan untukku ?
Aku berharap begitu..
Kerana aku terlalu menyukai perwatakkan dirimu ,
Kerana kau lah permata hatiku .
Dan membuat ku ‘gila bayang’ terhadapmu…

    “adakah cinta sejati itu wujud?
    Mungkin ya atau mungkin tidak .
    Hidupku ini bagaikan sebuah lagu….”

Cinta
Adakah aku layak untuk menerima cinta sejati ?
Kerana , setiap kali aku bercinta , aku akan dikecewakan .

Tiga tahun selepas itu ,
Aku ditakdirkan untuk bersama dengan seseorang  jejaka tampan
Seorang usahawan Berjaya dan dikenali ramai
Jejaka itu seperti bayangan didalam mimpiku.

     “pertama kali bertemu , perasaan suka mula menyelubungi hati .
          Kali kedua , perasaan sayang untuk meninggalkanya .
                Kali ketiga , perasaan cinta mula berputik membuatkan kami saling jatuh cinta..”

Apabila kau senyum kepadaku ,
Membuat kan hatiku tenang selalu .
Apabila aku memikirkan tentangmu ,
Aku sentiasa menyayangimu ,
Dan sehingga si dia berkata di telingaku .

      “lupakan semua perkara yang menyakiti hatimu,
        Dan bahagia lah bersama orang baru… kerana
         Orang baru itu akan mencintaimu sehingga akhir hayatmu !”

0 comments:

Post a Comment